Persatuan Momogun Malaysia
Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan
LAWATAN KE PERKAMPUNGAN ORANG ASLI DI CAMERON HIGHLAND
Berita Terkini & Pengumuman
Rabu, 09 September 2009

ATURCARA PROGRAM

18hb September 2009

2pm - 3pm   : Berkumpul di Pejabat MSM, Bandar Sunway

3pm             : Bertolak dari KL ke Cameron Highland

5pm             : Sampai di Cameron Highland

                    : Check in (apartment)

                    : Acara bebas

19hb September 2009

8am - 9am      : Sarapan pagi

9am - 11am    : Bertolak ke perkampungan orang asli

                       : Aktiviti mengelilingi kampung orang asli

11am - 12pm  : Ceramah

12pm              : Makan bersama orang asli

                       : Aktiviti kerja amal

3 pm                : Bersurai

Sesiapa yang berminat, sila daftarkan nama anda sebelum 16hb September 2009 ( 5pm ) kepada Cik Jenette Juanis ( 03-5630 1945 / 012-381 3981)

PENGANGKUTAN DAN PENGINAPAN ADALAH PERCUMA!!!

Kemaskini terakhir ( Rabu, 11 November 2009 )
 
MAJLIS MAKAN MALAM MSM SEMPENA HARI MALAYSIA 2009
Berita Terkini & Pengumuman
Isnin, 27 Julai 2009

MSM DINNER

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Sabah di Semenanjung Malaysia akan menganjurkan satu program Makan Malam Amal seperti maklumat berikut:-

Program     : Majlis Makan Malam MSM Sempena Hari Malaysia 2009
Tarikh          : 17hb Oct 2009 (Sabtu)
Masa            : 6.00ptg - 11.00mlm
Tempat        : Puteri Park Hotel, Jalan Raja Laut, 50350, Kuala Lumpur. (Puteri Ballroom)
Tema            : 1 Malaysia
Harga Tiket : RM 50.00

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kebajikan Sosial MSM. Selain daripada itu, program ini juga merupakan landasan bagi semua lapisan masyarakat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia mewujudkan rangkaian perhubungan ketika berada jauh daripada keluarga di Sabah khususnya dikalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS, golongan belia muda bekerja, golongan keluarga yang berpendapatan rendah serta usahawan Sabah. Majlis akan dirasmikan oleh Menteri Perladangan, Perusahaan dan Komoditi merangkap Presiden pertama Persatuan Momogun Malaysia iaitu YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Pelbagai acara menarik telah disusun khas bagi memeriahkan lagi suasana program Makan Malam MSM Sempena Hari Malaysia 2009. Beberapa artis jemputan Sabah yang peka terhadap keperluaan masyarakat Sabah turut memberi sumbangan dengan menghiburkan semua jemputan pada malam tersebut.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Makan Malam ini, tempahan tiket boleh dilakukan melalui Sekretariat MSM - Ms. Jenette Juanis. (Tel: 03-5630-1945)

Klik disini untuk Peta ke Puteri Park Hotel 

Kemaskini terakhir ( Rabu, 11 November 2009 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 5 dari 15

Undian

Sebab anda datang ke Semenanjung Malaysia
 

Pengumuman!

"DVD gambar bagi program Momogun Xmas & New Year Fundraising Dinner 2009 kini dijual kepada ahli MSM dengan harga RM10.00 sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi sekretariat. Harap Maklum." - admin