Persatuan Momogun Malaysia
Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan
Program Makan Malam Amal Sempena Hari Malaysia 2008
Artikel Bebas
Rabu, 20 Ogos 2008

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Sabah di Semenanjung Malaysia akan menganjurkan satu program Makan Malam Amal seperti maklumat berikut:-

 

Program  : Majlis Makan Malam MSM Sempena Hari Malaysia 2008

Tarikh      : 13hb September 2008 (Sabtu)

Masa        : 6:30 petang – 11:30 malam

Tempat    : Berjaya Golf Club Resort Berhad, Bukit Jalil.

Tema       : Smart Casual

 

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kebajikan Sosial MSM. Selain daripada itu, program ini juga merupakan landasan bagi semua lapisan masyarakat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia mewujudkan rangkaian perhubungan ketika berada jauh daripada keluarga di Sabah khususnya dikalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS, golongan belia muda bekerja, golongan keluarga yang berpendapatan rendah serta usahawan Sabah.

 

Sebagai organisasi yang baru bertapak di Lembah Klang, satu Pelancaran Mini (Soft launch) MSM akan diadakan dalam program tersebut. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat terpencil Sabah tentang kewujudan Persatuan ini. Majlis akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden pertama Persatuan Momogun Malaysia iaitu YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

 

Pelbagai acara menarik telah disusun khas bagi memeriahkan lagi suasana program Makan Malam  MSM Sempena Hari Malaysia 2008. Beberapa artis Sabah yang peka terhadap keperluaan  masyarakat Sabah turut memberi sumbangan dengan menghiburkan semua jemputan pada malam itu. Ini termasuklah Infinatez (Gangstarz) dan  Rydee (Malaysian Idol).

 


INFINATEZ

  

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Makan Malam ini, tempahan tiket boleh dilakukan melalui secretariat MSM. (Tel: 03-5630-1945)

 

 

 

 

 

Kemaskini terakhir ( Ahad, 24 Ogos 2008 )
 
KELAS TIUSYEN BAHASA INGGERIS
Artikel Bebas
Sabtu, 12 April 2008

Khas buat ibubapa,

 

Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar kedua yang digunapakai di negara kita. Kepentingan penguasaan bahasa ini adalah tidak boleh dinafikan lebih-lebih lagi di peringkat antarabangsa. Oleh itu, bagi memastikan anak-anak Sabah kita ini berdaya saing dipasaran antarabangsa, Persatuan Momogun Malaysia akan mengadakan kelas tiusyen bahasa Inggeris khas untuk anak-anak sabah yang berusia 7-12 tahun (tahun 1 – tahun 6). Maklumat kelas tiusyen tersebut adalah seperti berikut:-

 

Tarikh : 19hb April 2008 (Sabtu)

Masa : 9:00am – 11:00am

Tempat: Pejabat Urusan Persatuan Momogun Malaysia, Bandar Sunway.

 

Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan ibubapa untuk menghantar anak-anak mereka untuk bersama-sama mempelajari bahasa ini. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Biro Hal Ehwal Pelajar MSM (Cik Anita : 016 690 7580).

 

Kemaskini terakhir ( Khamis, 29 Mei 2008 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Selepas > Akhir >>

Keputusan 11 - 15 dari 15

Undian

Sebab anda datang ke Semenanjung Malaysia
 

Pengumuman!

"DVD gambar bagi program Momogun Xmas & New Year Fundraising Dinner 2009 kini dijual kepada ahli MSM dengan harga RM10.00 sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi sekretariat. Harap Maklum." - admin