Persatuan Momogun Malaysia
Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan arrow Aktivi Terkini
Aktivi Terkini
Mini Bazaar Kaamatan Momogun 2009 Emel
Selasa, 16 Jun 2009

Mini Bazaar Kaamatan Momogun 2009

Mini Bazaar Kaamatan anjuran Persatuan Momogun Malaysia (MSM) akan diadakan seperti maklumat di bawah. 

Tarikh    : Ahad, 21 Jun 2009 
Masa     : 10.30am - 5.00pm
Alamat  : SJK (C) Pandamaran (B),
                Jalan Young Pandamaran,
                42000, Pelabuhan Klang.

 Peta       : Klik disini untuk Peta

Mari la datang beramai ramai memeriahkan lagi Mini Bazaar ini.

Kemaskini terakhir ( Rabu, 11 November 2009 )
Baca lagi...
 
KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA MOMOGUN 2009 Emel
Selasa, 28 April 2009

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) akan menganjurkan satu lagi program kemasyarakatan seperti maklumat berikut:-

Program:  Kejohanan Bola Sepak Piala Momogun 2009

Tarikh:  1hb Mei 2009 (Hari Buruh)

Tempat:  Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang

Masa:  8:00 pagi

Dirasmikan: Menteri Perusahanan, Perladangan & Komoditi Malaysia merangkap Presiden MSM (YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok)

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung MSM dalam menampung kos-kos penganjuran program kemasyarakatan di masa akan datang serta untuk kegunaan menguruskan kes-kes kesusahan (cth: kes kematian, kes kemalangan,kes penaniayaan, hal ehwal pelajar Sabah dll) masyarakat Sabah di sini.

Selain daripada itu, program ini juga bermatlamat untuk mempromosikan MSM dikalangan masyarakat Sabah yang menetap di Lembah Klang disamping menjadi medan perhubungan antara masyarakat majmuk Sabah. Sebagai seorang Menteri, program ini juga membuka peluang kepada Presiden MSM untuk berjumpa dan dan bergaul mesra dengan komuniti Momogun yang menetap di Bukit Tinggi, Klang.

Untuk keterangan lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Pengerusi Program Encik John Gaji di talian 013-6024739.

Kepada semua warga Momogun di Lembah Klang, anda dijemput untuk memeriahkan lagi program ini dengan menghadirkan diri pada tarikh tersebut.

Jumpa disana!

 

 

 

Kemaskini terakhir ( Selasa, 02 Jun 2009 )
 
KURSUS KEPIMPINAN & MOTIVASI AJK MSM 2009 Emel
Selasa, 21 April 2009

Baru-baru ini, MSM telah menganjurkan satu program khas untuk semua AJK MSM sesi 2008/2010. Berikut merupakan maklumat program:-

 

PROGRAM:             KURSUS KEPIMPINAN & MOTIVASI AJK MSM 2009

TARIKH:                   18 APRIL 2009 (SABTU)

MASA:                       9:00AM – 5:00PM

DIKENDALIKAN:  FISH CAMP TRAINING

 

Program ini dikendalikan oleh tiga wakil  (En. Aaron Lee, En. Theophilus  Wong Ming Ming, & En.Phil ) daripada Fish Camp Learning (www.fishcamp.com.my) yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang professional dan telah bekecimpung dalam bidang latihan Kepimpinan dan Motivasi selama lebih 10 tahun. Perbezaan latar belakang ketiga-tiga pelatih ini telah menerapkan variasi dalam penyampaian maklumat dan didikan kepada para peserta. Berbeza syarikat lain yang turut menawarkan perkhidmatan serupa, Fish Camp Learning mempunyai skop khas bagi Badan Bukan Kerajaan seperi MSM.

 

Program ini dibuat khas untuk para AJK MSM yang telah lama berkhidmat kepada persatuan. Kursus Kepimpinan dan Motivasi ini adalah bertujuan untuk melatih semua jentera penggerak MSM dalam memimpin ahli-ahli biro mereka menjalankan tangungjawab yang telah diamanahkan oleh MSM.

 

Melalui program ini juga, ia membuka jalan bagi setiap ketua biro dan ahli-ahlinya untuk mendekati dengan lebih mesra antara satu dengan yang lain. Pelajar-pelajar khususnya dari Kolej Mahsa dan Kolej Licoln turut mengambil peluang untuk menimba ilmu kepimpinan melalui program ini.

 

Walaupun program itu hanya dilakasanakan dalam jangka masa sehari, namun pengisiannya adalah padat, menyeluruh dan memenuhi kehendak dan keperluan MSM. Berikut adalah pengisian program pada hari tersebut:-

 

Program Content:-

 

9:00am-10.30am –INTRODUCTION TO TEAMWORK & LEADERSHIP

  • Ice breaking and challenges (activity)
  • Formation of Team & Creation of Team Cheers (activity)
  • Difference between Team vs Group
  • Types of organizational Teams
  • The making of a strong & effective team.

 

10.30am-10.45am – BREAK

 

10.45am-12.30pm – TEAM COMMUNICATION IN EFFECTIVE TEAM

  • The importance of establishing good communication in a team
  • Effective communication skills
  • Active listening
  • Honest feedback
  • Clarify to understand
  • Trust and openness
  • Paper Tearing, Maze & Desert Survival (activities)

 

12.30pm-1:30pm – LUNCH BREAK

 

1.30pm-3.15pm – TEAM LEADERSHIP

  • Team Leader is a critical factor for team success
  • Team leadership skills
  • Team communicating, planning, organizing, managing, coaching, persuading & negotiating.
  • Team leadership characters.
  • Good role model integrity, fair, caring & leading
  • Leadership Trail & Mine Fields (activities)

 

3:15pm – 3:30pm – BREAK

 

3:30pm-4:30pm – PERSONAL MOTIVATION & SOCIETY SUCCESS

  • Self-fulfilling prophecy
  • Remember SUPERMAN
  • The truth about RESPONSIBILITY
  • The need for the right attitude and sincere heart
  • Do I have a choice in life?
  • My society grows, I grow.
  • Attitude is everything.
  • Hot Potato Fast Potato (activity)

 

4:30pm-5:00pm – Review / End of Course.

 

Dipenghujung program, para jurulatih telah mengumumkan pemenang bagi keseluruhan kumpulan. Penilaian dibuat berdasarkan kerjasama setiap kumpulan, daya kepimpinan dan cara komunikasi dalam kumpulan.

 

Kumpulan ‘NABALU’ telah terpilih untuk menjadi pemenang dan mereka dihadiahkan 5 voucher Paintball Games dan Coklat.

 

Semua peserta diberikan Sijil Penyertaan setelah tamat mengikuti Program Kursus Kepimpinan dan Motivasti AJK MSM 2009.

 
DVD Gambar Kini Dijual Emel
Isnin, 23 Mac 2009

Pengumuman!

"DVD gambar bagi program Momogun Xmas & New Year Fundraising Dinner 2009 kini dijual kepada ahli MSM dengan harga RM10.00 sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi sekretariat. Harap Maklum." - admin

Kemaskini terakhir ( Isnin, 23 Mac 2009 )
 
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MSM 2009 Emel
Rabu, 25 Februari 2009

Salam sejahtera kepada seluruh warga MOMOGUN!

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung Tahunan MSM 2009 akan diadakan seperti maklumat berikut:-

  • MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MSM 2009
  • TARIKH: 12HB MAC 2009 (KHAMIS)
  • MASA: 8:00MALAM
  • TEMPAT: BILIK MESYUARAT, SEKRETARIAT MSM BANDAR SUNWAY

Kami dengan segala hormatnya menjemput semua ahli-ahli MSM (dan semua rakyat Sabah yang masih belum mendaftarkan diri sebagai ahli MSM) untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ini.

Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang diadakan setiap tahun dimana dalam sesi ini, pembentangan aktiviti-aktiviti tahun 2008, kewangan persatuan serta perbincangan pengisian program MSM  sepanjang tahun 2009 akan dilaksanakan.

Sebagai Badan Bukan Kerajaan yang masih baru, kami mengharapkan sumbangan dalam bentuk idea yang lebih kreatif dan berkesan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap warga MOMOGUN Sabah yang menetap di seluruh Semenanjung Malaysia.

Oleh itu, kami dari pihak MSM mengalu-alukan kedatangan anda semua!

Untuk keterangan lanjut, sila berhubungan dengan Sekretariat MSM.

-admin-

Kemaskini terakhir ( Isnin, 23 Mac 2009 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 3 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 9 dari 23

Pengumuman!

"DVD gambar bagi program Momogun Xmas & New Year Fundraising Dinner 2009 kini dijual kepada ahli MSM dengan harga RM10.00 sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi sekretariat. Harap Maklum." - admin