Persatuan Momogun Malaysia
Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan arrow Artikel
Artikel
MESYUARAT AHLI MAJLIS TERTINGGI MSM SESI 2008/2010 (PENGHUJUNG TAHUN 2008)
Sabtu, 15 November 2008

Salam sejahtera kepada semua Ahli Majlis Tertinggi MSM sesi 2008/2010,

 

Mesyuarat AJK hujung tahun 2008 akan diadakan seperti maklumat berikut:-

 

Tarikh :  27hb November 2008 (Khamis)

Masa :     8:00malam

Tempat : Sekretariat MSM, Bandar Sunway.

 

Mesyuarat kali ini akan membawakan agenda seperti berikut:-

 

1. Ucapan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat lepas.

3. Perkara-perkara berbangkit

4. Pengumuman Perletakan  Jawatan 

  • Pen. Setiausaha Agung -Fadlish Kansuh
  • AJK Biro Sukan & Reakriasi - Carlson Jullian Lajamat
  • Juruaudit II - Patricia Petrus

5. Pelantikan baru bagi jawatan Penolong Setiausaha Agung, Ketua Biro Sukan dan Reakreasi, serta Juruaudit II.

6. Penubuhan Biro Undang-Undang

7. Penubuhan Rumah Persinggahan di Johor.
8. Sambutan Krismas (Christmas Party 2008)

9. Perancangan program tahun 2009 (Penetapan tarikh dan AJK Program)

10. Hal-hal lain.

 

Laporan daripada Setiausaha Eksekutif:-

 

* Pembentangan program-program sepanjang tahun 2008.

* Pembentangan kedudukan kewangan persatuan sepanjang 2008.

 

 

Mohon kerjasama anda untuk menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini. Harap maklum.

Kemaskini terakhir ( Sabtu, 15 November 2008 )
 
Program Makan Malam Amal Sempena Hari Malaysia 2008
Rabu, 20 Ogos 2008

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) iaitu sebuah Badan Bukan Kerajaan yang berperanan untuk menjaga kepentingan dan kebajikan orang Sabah di Semenanjung Malaysia akan menganjurkan satu program Makan Malam Amal seperti maklumat berikut:-

 

Program  : Majlis Makan Malam MSM Sempena Hari Malaysia 2008

Tarikh      : 13hb September 2008 (Sabtu)

Masa        : 6:30 petang – 11:30 malam

Tempat    : Berjaya Golf Club Resort Berhad, Bukit Jalil.

Tema       : Smart Casual

 

Matlamat utama penganjuran program ini adalah untuk mengumpul dana bagi mengisi Tabung Kebajikan Sosial MSM. Selain daripada itu, program ini juga merupakan landasan bagi semua lapisan masyarakat Sabah yang berada di Semenanjung Malaysia mewujudkan rangkaian perhubungan ketika berada jauh daripada keluarga di Sabah khususnya dikalangan pelajar-pelajar IPTA/IPTS, golongan belia muda bekerja, golongan keluarga yang berpendapatan rendah serta usahawan Sabah.

 

Sebagai organisasi yang baru bertapak di Lembah Klang, satu Pelancaran Mini (Soft launch) MSM akan diadakan dalam program tersebut. Ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya masyarakat terpencil Sabah tentang kewujudan Persatuan ini. Majlis akan dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri merangkap Presiden pertama Persatuan Momogun Malaysia iaitu YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

 

Pelbagai acara menarik telah disusun khas bagi memeriahkan lagi suasana program Makan Malam  MSM Sempena Hari Malaysia 2008. Beberapa artis Sabah yang peka terhadap keperluaan  masyarakat Sabah turut memberi sumbangan dengan menghiburkan semua jemputan pada malam itu. Ini termasuklah Infinatez (Gangstarz) dan  Rydee (Malaysian Idol).

 


INFINATEZ

  

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai Program Makan Malam ini, tempahan tiket boleh dilakukan melalui secretariat MSM. (Tel: 03-5630-1945)

 

 

 

 

 

Kemaskini terakhir ( Ahad, 24 Ogos 2008 )
 
Kempen Menderma Darah Sempena Hari Sabah di Johor 2008
Khamis, 24 Julai 2008

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) dengan segala hormatnya menjemput semua masyarakat Momogun Sabah di Johor untuk menghadiri Hari Sabah yang diadakan buat kali ketiga di Pasaraya Today’s Seri Alam, yang diadakan seperti maklumat berikut:-

 

TARIKH : 27HB JULAI 2008 (AHAD)

MASA : 11:00 PAGI – 5:00PETANG 

TEMPAT : TODAY’S MARKET BANDAR SERI ALAM.

 
Semua orang-orang Sabah di Johor dijemput hadir! Pelbagai acara menarik menanti anda!
 

 
Malam Kaamatan dan Sodop Kaandaman
Khamis, 24 Julai 2008

Persatuan Bahasa Kadazandusun Universiti Malaya menjemput semua ahli-ahli Persatuan Momogun Malaysia ke program ini:-

 

Program: Malam Kaamatan Dan Sodop Kaandaman 2008

Tarikh: 26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa: 7:30malam

Tempat: Dewan Umarak, Koleh Kediaman Kedua, Universiti Malaya

 
Kehadiran anda adalah dialu-alukan!

 


 


 
Mesyuarat Komiti Program Makan Malam Amal
Khamis, 24 Julai 2008

Untuk  makuman semua ahli-ahli MSM, sila hadirkan diri ke mesyuarat yang akan diadakan seperti maklumat berikut:-

Tarikh    : 26 Julai 2008 (Sabtu)

Masa        : 10:00 pagi

Tempat    : MSM Bandar Sunway


Mesyuarat ini akan membincangkan tentang persiapan Program Makan Malam Amal Sempena Hari Malaysia 2008 yang akan diadakan pada 13 September 2008.

Kepada semua ahli-ahli MSM, khidmat anda diperlukan.

 

Nota: Pelajar-pelajar digalakkan untuk menyertai " Organizer Team" bagi mendedahkan mereka dengan proses-proses penganjuran suatu program. Sijil akan diberikan kepada pelajar yang berkhidmat untuk Persatuan.


Kemaskini terakhir ( Khamis, 24 Julai 2008 )
 
<< Mula < Sebelum 1 2 Selepas > Akhir >>

Keputusan 1 - 10 dari 17

Undian

Sebab anda datang ke Semenanjung Malaysia