|
Baru-baru ini, MSM telah menganjurkan satu program khas untuk semua AJK MSM sesi 2008/2010. Berikut merupakan maklumat program:-
PROGRAM: KURSUS KEPIMPINAN & MOTIVASI AJK MSM 2009 TARIKH: 18 APRIL 2009 (SABTU) MASA: 9:00AM – 5:00PM DIKENDALIKAN: FISH CAMP TRAINING Program ini dikendalikan oleh tiga wakil (En. Aaron Lee, En. Theophilus Wong Ming Ming, & En.Phil ) daripada Fish Camp Learning (www.fishcamp.com.my) yang terdiri daripada pelatih-pelatih yang professional dan telah bekecimpung dalam bidang latihan Kepimpinan dan Motivasi selama lebih 10 tahun. Perbezaan latar belakang ketiga-tiga pelatih ini telah menerapkan variasi dalam penyampaian maklumat dan didikan kepada para peserta. Berbeza syarikat lain yang turut menawarkan perkhidmatan serupa, Fish Camp Learning mempunyai skop khas bagi Badan Bukan Kerajaan seperi MSM. Program ini dibuat khas untuk para AJK MSM yang telah lama berkhidmat kepada persatuan. Kursus Kepimpinan dan Motivasi ini adalah bertujuan untuk melatih semua jentera penggerak MSM dalam memimpin ahli-ahli biro mereka menjalankan tangungjawab yang telah diamanahkan oleh MSM. Melalui program ini juga, ia membuka jalan bagi setiap ketua biro dan ahli-ahlinya untuk mendekati dengan lebih mesra antara satu dengan yang lain. Pelajar-pelajar khususnya dari Kolej Mahsa dan Kolej Licoln turut mengambil peluang untuk menimba ilmu kepimpinan melalui program ini. Walaupun program itu hanya dilakasanakan dalam jangka masa sehari, namun pengisiannya adalah padat, menyeluruh dan memenuhi kehendak dan keperluan MSM. Berikut adalah pengisian program pada hari tersebut:- Program Content:-
9:00am-10.30am –INTRODUCTION TO TEAMWORK & LEADERSHIP - Ice breaking and challenges (activity)
- Formation of Team & Creation of Team Cheers (activity)
- Difference between Team vs Group
- Types of organizational Teams
- The making of a strong & effective team.
10.30am-10.45am – BREAK 10.45am-12.30pm – TEAM COMMUNICATION IN EFFECTIVE TEAM - The importance of establishing good communication in a team
- Effective communication skills
- Active listening
- Honest feedback
- Clarify to understand
- Trust and openness
- Paper Tearing, Maze & Desert Survival (activities)
12.30pm-1:30pm – LUNCH BREAK 1.30pm-3.15pm – TEAM LEADERSHIP - Team Leader is a critical factor for team success
- Team leadership skills
- Team communicating, planning, organizing, managing, coaching, persuading & negotiating.
- Team leadership characters.
- Good role model integrity, fair, caring & leading
- Leadership Trail & Mine Fields (activities)
3:15pm – 3:30pm – BREAK 3:30pm-4:30pm – PERSONAL MOTIVATION & SOCIETY SUCCESS - Self-fulfilling prophecy
- Remember SUPERMAN
- The truth about RESPONSIBILITY
- The need for the right attitude and sincere heart
- Do I have a choice in life?
- My society grows, I grow.
- Attitude is everything.
- Hot Potato Fast Potato (activity)
4:30pm-5:00pm – Review / End of Course. Dipenghujung program, para jurulatih telah mengumumkan pemenang bagi keseluruhan kumpulan. Penilaian dibuat berdasarkan kerjasama setiap kumpulan, daya kepimpinan dan cara komunikasi dalam kumpulan. Kumpulan ‘NABALU’ telah terpilih untuk menjadi pemenang dan mereka dihadiahkan 5 voucher Paintball Games dan Coklat. Semua peserta diberikan Sijil Penyertaan setelah tamat mengikuti Program Kursus Kepimpinan dan Motivasti AJK MSM 2009.
|