Persatuan Momogun Malaysia
Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan
KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA MOMOGUN 2009 Emel
Selasa, 28 April 2009

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) akan menganjurkan satu lagi program kemasyarakatan seperti maklumat berikut:-

Program:  Kejohanan Bola Sepak Piala Momogun 2009

Tarikh:  1hb Mei 2009 (Hari Buruh)

Tempat:  Kompleks Sukan Pandamaran, Kelang

Masa:  8:00 pagi

Dirasmikan: Menteri Perusahanan, Perladangan & Komoditi Malaysia merangkap Presiden MSM (YB Tan Sri Bernard Giluk Dompok)

Penganjuran program ini adalah bertujuan untuk mengumpul dana bagi mengisi tabung MSM dalam menampung kos-kos penganjuran program kemasyarakatan di masa akan datang serta untuk kegunaan menguruskan kes-kes kesusahan (cth: kes kematian, kes kemalangan,kes penaniayaan, hal ehwal pelajar Sabah dll) masyarakat Sabah di sini.

Selain daripada itu, program ini juga bermatlamat untuk mempromosikan MSM dikalangan masyarakat Sabah yang menetap di Lembah Klang disamping menjadi medan perhubungan antara masyarakat majmuk Sabah. Sebagai seorang Menteri, program ini juga membuka peluang kepada Presiden MSM untuk berjumpa dan dan bergaul mesra dengan komuniti Momogun yang menetap di Bukit Tinggi, Klang.

Untuk keterangan lanjut berkenaan program ini, sila hubungi Pengerusi Program Encik John Gaji di talian 013-6024739.

Kepada semua warga Momogun di Lembah Klang, anda dijemput untuk memeriahkan lagi program ini dengan menghadirkan diri pada tarikh tersebut.

Jumpa disana!

 

 

 

Kemaskini terakhir ( Selasa, 02 Jun 2009 )
 
< Sebelumnya   Seterusnya >

Undian

Sebab anda datang ke Semenanjung Malaysia
 

Pengumuman!

"DVD gambar bagi program Momogun Xmas & New Year Fundraising Dinner 2009 kini dijual kepada ahli MSM dengan harga RM10.00 sahaja. Untuk tempahan, sila hubungi sekretariat. Harap Maklum." - admin