Persatuan Momogun Malaysia
Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan
Terma Dan Syarat Emel
Ahad, 05 Ogos 2007
Terma Dan Syarat

Sila baca dan fahamkan Terma dan Syarat berikut yang akan merangkumi capaian anda ke laman web momogun.org.my (selepas ini dirujuk sebagai "laman web ini") dan penggunaan perkhidmatan yang terkandung di dalamnya.

Tuan/puan adalah terikat dengan terma-terma dan syarat-syarat berikut sekiranya tuan/puan akses laman web ini dan Perkhidmatan dan sekiranya tuan/puan tidak bersetuju dengan terma-terma dan syarat-syarat ini tuan/puan hendaklah menghentikan akses dan Perkhidmatan ini dengan SEGERA.

TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARAT YANG TERPAKAI TERHADAP AKSES LAMAN WEB INI DAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN

Akses laman web ini dan penggunaan Perkhidmatan adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat berikut pada setiap masa.

1.DEFINISI

"Isikandungan" ertinya semua data, maklumat, bahan dan isi kandungan termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mesej teks, nada deringan, logo operator, ikon kumpulan pemanggil, mesej bergambar, penyelamat skrin dan senarai direktori seperti yang dimaklumkan di dalam laman web ini.

"Perkhidmatan" ertinya semua perkhidmatan yang ditawarkan atau disediakan kepada anda di talian atau melalui laman web ini.

"Ahli" ertinya mana-mana orang yang berdaftar dengan Persatuan Momogun Malaysia dan diberikan nombor ahli dan sepertimana yang ditakrifkan di bawah Perlembagaan persatuan;

"Nama Pengguna" ertinya nama pengenalan antara 6 - 16 aksara abjad angka (alphanumeric character) yang digunakan oleh Ahlin untuk akses akaun dan perkhidmatan internet mereka;

"Kata Laluan" ertinya angkubah nombor&perkataan peribadi di antara 6 – 16 aksara yang digunakan bersama Nama Pengguna untuk mengakses Perkhidmatan Internet di laman web ini.

"Kerugian" ertinya mana-mana atau kerugian keseluruhan, gantirugi (kewangan dan sebaliknya), kecederaan, kos, caj dan/atau perbelanjaan dalam bentuk apapun atau sebaliknya timbul termasuklah yuran guaman atas dasar tanggung rugi penuh.

"PMM" ertinya Persatuan Momogun Malaysia;

2 .NAMA PENGGUNA DAN KATA LALUAN

Setengah bahagian laman web ini diakses melalui Nama Pengguna (tertakluk kepada perihal tersedia) dan Kata Laluan pilihan tuan/puan. Tuan/puan bersetuju tidak akan berkongsi dengan mana-mana orang Nama Pengguna dan Kata Laluan tuan/puan.

Tuan/puan adalah bertanggungjawab terhadap penggunaan Nama Pengguna dan Kata Laluan untuk apa-apa transaksi berhubung dengan perkhidmatan di laman web ini oleh tuan/puan atau mana-mana orang sama ada orang tersebut mendapat kebenaran tuan/puan ataupun tidak.

PMM tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian dan/atau kemudaratan yang tuan/puan alami akibat daripada penggunaan tanpa kebenaran atau penyalahgunaan Nama Pengguna atau Kata Laluan.

3. CAJ/YURAN DAN MAKLUMAT SULIT

PMM tidak akan mengenakan apa-apa caj bagi akses tuan/puan ke laman web ini melainkan caj mutlak keahlian sepertimana yang tuan/puan akui sewaktu memohon menjadi ahli PMM.

PMM tidak akan mengedit atau mendedahkan maklumat sulit melainkan PMM dikehendaki berbuat demikian selaras dengan peruntukan undang-undang atau peraturan untuk melindungi hak dan harta PMM, menguatkuasakan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini dalam memberikan Perkhidmatan kepada tuan/puan atau menjawab apa-apa tuntutan yang mana kandungannya melanggari hak pihak lain.

4. HYPER RANGKAIAN / PAUTAN

Hyper rangkaian atau pautan dari atau ke laman web di luar laman web ini hanya bertujuan untuk kemudahan tuan/puan. Hyper rangkaian laman web tersebut dimiliki dan dilaksanakan oleh pihak ketiga yang mana adalah di luar kawalan PMM. PMM tidak akan bertanggungjawab dan tidak memberi jaminan terhadap kandungan, pihak ketiga yang dinamakan atau produk dan perkhidmatan mereka yang terkandung di dalam laman web tersebut. Hyper rangkaian yang diberikan di dalam laman web ini hendaklah tidak dianggap sebagai pengesahan atau verifikasi atau kelulusan hyper rangkaian laman web tersebut atau kandungannya. Penggunaan hyper rangkaian ke mana-mana laman web lain adalah atas risiko tuan/puan sendiri dan PMM tidak akan bertanggunjawab terhadap apa-apa kerugian berhubung dengan penggunaan hyper rangkaian tersebut.

5. INDEMNITI

Tuan/puan dengan ini bersetuju untuk menanggung rugi sepenuhnya dan tidak melibatkan Pegawai PMM, terhadap apa-apa tanggung rugi, kerugian, perbelanjaan dan kos (termasuklah kos perundangan dan perbelanjaan yang telah dibayar) yang mungkin dialami atau ditanggung secara langsung atau tidak langsung berhubung dengan atau akibat daripada pelanggaran mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini oleh tuan/puan.

6.PENGENEPIAN

Di dalam keadaan PMM gagal atau cuai untuk menguatkuasakan mana-mana peruntukan atau remedi di bawah terma-terma dan syarat-syarat ini atas apa jua sebab, ini tidak akan mengenepikan hak PMM untuk menguatkuasakan atau mengenepikan hak terhadap mana-mana pelanggaran yang berterusan mana-mana terma-terma dan syarat-syarat ini oleh tuan/puan.

7. PENGECUALIAN LIABILITI

PMM dan/atau agennya hendaklah tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kerugian, kecederaan atau kerosakan terhadap tuan/puan yang timbul sama ada dalam kontrak, tort, kecuaian, "strict liability" atau atas dasar-dasar lain termasuk tetapi tidak terhad secara langsung atau tidak langsung keatas apa-apa tanggungrugi atau kehilangan keuntungan atau simpanan yang timbul berhubung dengan akses atau penggunaan Perkhidmatan atau ketidakdapatan untuk akses atau mengguna laman web ini (atau mana-mana hyper rangkaian pihak ketiga kepada atau daripada laman web PMM), kepercayaan terhadap maklumat yang terkandung di dalam laman web ini, dan di dalam keadaan perkakasan, perisian gagal berfungsi, gangguan, kesilapan, tertinggal, kelewatan di dalam operasi, virus komputer dan sebagainya.

Klausa peruntukan pengecualian ini hendaklah berkuatkuasa setakat dibenarkan di bawah undang-undang.

8. PENAFIAN

Isi kandungan dan maklumat di dalam laman web ini disediakan oleh PMM berdasarkan "sedia ada" dan "seperti tersedia". Rujukan kepada Isi kandungan dan maklumat di dalam laman web ini adalah juga termasuk bahan dan maklumat seperti yang disediakan oleh pihak ketiga. PMM tidak memberikan apa-apa jaminan, representasi, waranti atau pengendorsan termasuk, tetapi tidak terhad kepada sebarang jaminan ke atas tajuk, perlanggaran hak, boleh niaga , kegunaan ,operasi, kecukupan, ketepatan, kepuasan kualiti, kebolehpercayaan dan kesesuaian untuk sebab tertentu berhubung dengan laman web, bahan-bahan, maklumat dan fungsi.

PMM adalah tidak bertanggungan terhadap kesilapan dan ketiadaan maklumat di dalam bahan-bahan, maklumat dan/atau fungsi tersebut . Tanpa pengurangan item di atas dan/atau terma dan syarat persetujuan yang merangkumi semua produk dan perkhidmatan PMM, langkah-langkah yang berpatutan telah diambil oleh PMM untuk memastikan ketepatan dan kesahihan maklumat PMM yang berkaitan dengan transaksi dan produk PMM.

9.PINDAAN

PMM berhak dan mempunyai budibicara mutlak untuk mengubahsuai (termasuklah mengehad, mengganti atau memotong meminda) laman web ini, Perkhidmatan ini dan kandungan atau bahagiannya dan juga berhak untuk menamatkan atau mengehadkan akses dan atau penggunaanya pada bila-bila masa dan notis bertulis berkenaan pindaan atau ubahsuai tersebut akan dimaklumkan kepada tuan/puan dalam apa jua bentuk dan cara yang ditetapkan oleh PMM. Terma-terma dan syarat-syarat ini adalah tidak muktamad. PMM mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau meminda terma-terma dan syarat-syarat ini pada bila-bila masa tanpa terlebih dahulu memberikan notis bertulis kepada anda dalam bentuk dan cara yang ditentukan oleh PMM.

10. UNDANG-UNDANG YANG TERPAKAI

Terma-terma dan syarat-syarat ini hendaklah bagi semua maksud dan tujuan tertakluk kepada dan ditafsirkan selaras dengan Undang-Undang Malaysia.

11. PENGGUNAAN DATA

Tuan/puan mengetahui dan membenarkan PMM mengumpul atau menyimpan apa-apa maklumat peribadi atau apa-apa maklumat tentang tuan/puan untuk digunakan dalam Perkhidmatan ini.

12.PENGHANTARAN MELALUI E-MEL ATAU INTERNET

Sekuriti mesej e-mel yang dihantar kepada PMM melalui Internet tidak dapat dijamin sepenuhnya oleh PMM. PMM tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang ditanggung oleh pengguna berhubung dengan penghantaran mesej melalui Internet antara PMM dengan mereka ataupun sebaliknya. Disebabkan keadaan semulajadi Internet, transaksi mungkin akan tertakluk kepada gangguan, terputusnya bekalan elektrik, penghantaran lewat dan kesilapan penghantaran data. PMM tidak akan bertanggungjawab terhadap kegagalan kemudahan komunikasi di luar kawalannya yang mungkin menyebabkan ketepatan dan masa apa-apa mesej atau transaksi yang disalurkan terganggu.

13.GANGGUAN SISTEM KOMPUTER

PMM tidak akan bertanggungjawab terhadap apa-apa gangguan, kelewatan, kegagalan, kesilapan atau kehilangan maklumat yang disalurkan atau apa-apa virus atau harta yang mencampuri dan merosakkan sistem komputer tuan/puan. Tuan/puan adalah bertanggungjawab secara mutlak untuk memastikan sistem komputer tuan/puan berkeupayaan menerima data dan data sandaran dan/atau peralatan untuk mengimbas virus komputer atau apa-apa harta yang merosakkan. PMM tidak memberikan representasi dan waranti berhubung dengan ketepatan, kegunaan atau prestasi perisian pihak ketiga yang mungkin digunakan berhubung dengan laman web ini.

14. PERATURAN PENGGUNAAN

Anda seterusnya bersetuju untuk TIDAK menggunakan laman web ini, isi kandungan dan juga perkhidmatan yang terkandung di dalamnya untuk tujuan yang mungkin menyalahi hak-hak atau menyekat kepenggunaan dan kebaikan laman web, isi kandungan dan perkhidmatan dengan menggunakan pihak ketiga, dan ini merangkumi:

  1. Pengendalian atau bahan yang menyalahi undang-undang, menghina, mengandungi unsur-unsur lucah, kurang sopan, menjatuhkan maruah, pemberontakan, penyalahgunaan atau kebencian, pemalsuan, perkauman atau yang boleh menganggu sesuatu kaum, memberian tekanan atau menyebabkan perasaan tidak senang atau menggugat privasi sesuatu individu, mengandungi ancaman haram atau emel palsu, menggalakkan perbuatan yang boleh membawa kepada perlakuan jenayah, membahayakan pihak awam atau menyalahi mana-mana peraturan atau undang-undang tempatan, negeri, negara atau antarabangsa; penggunaan bahan yang mana mungkin menyalahi hak penulisan, hakmilik, atau sebarang hak kekayaan intektual;
  2. Penggunaan bahan terpelihara dari rahsia perniagaan tanpa kebenaran;
  3. Menyamar sebagai seorang individu atau entiti termasuk dan tidak terhad kepada, pegawai PMM atau tuan rumah atau memalsukan keterangan atau menyalahgunakan perhubungan anda dengan individu atau entiti;
  4. Penggunaan data atau akses tanpa kebenaran sah, sistem atau rangkaian sistem termasuk sebarang percubaan untuk membuktikan, mengimbas atau menguji keutuhan sistem atau rangkaian sistem tersebut;
  5. Mengawasi data atau trafik sebarang sistem atau rangkaian sistem tanpa mempunyai kebenaran atau perintah yang sah;
  6. Menggunakan atau menyertakan sebarang virus, ‘Trojan horses’, ‘time bombs’, ‘worms’, ‘cancelbots’ atau sebarang aplikasi seumpamanya yang boleh merosakkan, mengganggu, memotong, mengambil-alih sebarang sistem; atau menggugat servis kepada sebarang pengguna, ‘host’ or rangkaian sistem termasuk dan tidak terhad kepada ‘mailbombing’, ‘flooding’, ‘broadcast attacks database’ atau meletakkan sebarang beban tambahan atau tidak perlu ke atas sistem laman web ini;
  7. Mempergunakan sebarang pengesahan laluan atau keselamatan pengguna sebarang ‘host’, rangkaian sistem atau akaun (pencerobohan atau penggodaman atau percubaaan untuk menceroboh atau menggodam); dan
  8. Menjual semula atau menyediakan laman web, isikandungannya dan perkhidmatan atau sebahagian darinya kepada individu atau entiti untuk keuntungan atau sebaliknya. PMM berhak sepenuhnya memadam atau mengubah laman web ini, Isikandungan dan semua Perkhidmatan terkandung di dalamnya dan mengeluarkan atau tidak menerima sebarang perkara yang menyalahi Tatacara Penggunaan. PMM berhak menyiasat sebarang kebarangkalian penyalahgunaan Tatacara Penggunaan dan PMM akan berkerjasama sepenuhnya dengan penyiasatan berkenaan jenayah pencerobohan, penyalahgunaan sistem atau rangkaian sistem di bawah penguatkuasaan undang-undang tempatan dan antarabangsa. PMM juga berhak menamatkan akaun anda dan akses ke laman web ini, isi kandungan dan perkhidmatan sekiranya anda didapati telah menyalah guna atau cuba untuk menyalah gunakan sebarang terma di dalam Tatacara Penggunaan.

15. TERMA DAN SYARAT AM

Tanpa menyentuh dan menjejaskan tafsiran umum fasal dalam terma-terma dan syarat-syarat ini, tuan/puan bersetuju secara nyata bahawa tuan/puan akan menanggung risiko dalam menggunakan Perkhidmatan ini dan akan menerima tanpa syarat semua risiko yang timbul termasuk secara tidak sengaja akibat daripada penggunaan Perkhidmatan ini.
Kemaskini terakhir ( Ahad, 05 Ogos 2007 )