|
Salam Sejahtera, Pengumuman kepada semua ahli-ahli majilis tertinggi
MSM. Sila pastikan anda menghadirkan diri ke mesyuarat tergempar yang akan
diadakan seperti maklumat berikut:-
Tarikh: 15hb Mei 2008 (Khamis) Masa: 7:30pm Tempat: Sekretariat MSM ,Bandar Sunway.
Agenda mesyuarat tergempar ini adalah seperti
berikut:-
1. Membincangkan FASAL 4 TUJUAN/MATLAMAT MSM dalam
perlembagaan sedia ada bagi tujuan membuat pindaan (Brainstroming session). 2. Membincangkan FASAL 5 KEAHLIAN dalam perlembagaan
MSM bagi menentukan syarat keahlian. Mesyuarat ini memerlukan penyertaan anda semua untuk menjana idea dan pendapat dalam proses membuat pindaan dalam perlembagaan MSM. Sesungguhnya, Perlembagaan MSM ini adalah garis panduan yang akan
digunapakai pada masa yang akan datang. Dengan adanya penglibatan semua dalam menyumbangakan
idea-idea bernas dan rasional, ini akan membantu MSM menjadi lebih mantap dari
masa ke semasa. Kerjasama anda amatlah dialu-alukan. Sekian.
|