|
Perhatian kepada semua AJK MSM,
Sepertimana yang telah diputuskan pada 29hb April
2008 (Mesyuarat AJK pertama), mesyuarat susulan AJK MSM akan diadakan seperti
maklumat berikut:-
Tarikh :
13 Jun 2008 ( Jumaat )
Masa :
7.30 malam
Tempat :
Bilik Mesyuarat MSM
Agenda mesyuarat
kali ini adalah seperti berikut:-
1. Ucapan Pengerusi
2. Perkara-perkara berbangkit dan maklum balas. *
3. Pindaan Perlembagaan Persatuan Bercawangan.
4. Isu Elaun Perumahan Awam (EPW) bagi kakitangan
awam Sabah/Sarawak.
5. Program Lawatan ke Perkampungan Orang Asli.
6. Hal-hal lain.
*Merujuk kepada agenda ke 2, MSM Bandar
Sunway dengan segala hormatnya menjemput wakil daripada MSM Johor untuk
menghadirkan diri ke mesyuarat kali ini memandangkan Mesyuarat Perwakilan
daripada Johor perlu dilaksanakan bagi menyempurnakan proses penubuhan cawangan
MSM di negeri Johor.
Kerjasama
anda semua amatlah dialu-alukan.
Sekian
Harap Maklum.
|