Persatuan Momogun Malaysia

Shout Box

Latest Message: 1 month, 1 week ago
  • Titi : Bah!!! kasi maju juga bah di Sabah.. :D :D
  • lok : harapan kita agar momogun yang ada di kl akan maju.
  • lisa88 : hidup org sbh
  • odoi68 : bkn inda tau ba ugou,tp inda phm.
  • masz-84 : betui..3x :)
  • odoi68 : pa 2 sabahan sampaping 2?
  • ugou : urang sabah pun tak tau sampaping ka?? sebalah ba...
  • lisa88 : sampaping??? ka sebelah aja??
  • masz-84 : hai gast.. :?: ;)
  • masz-84 : hai suma..klo korang available free.. jumla chat. :D

You have to login before you can shout!

Tiada Tetamu Online
Muka Hadapan
LAWATAN KE RUMAH ORANG ASLI, PAHANG Emel
Selasa, 24 Jun 2008

Salam sejahtera kepada seluruh warga Momogun,

 

Persatuan Momogun Malaysia (MSM) akan mengadakan satu lawatan kabajikan berdasarkan maklumat berikut:

 

Aktiviti : Lawatan ke Rumah Orang Asli 

Tempat: Krau, Pahang

Tarikh: 19hb Julai 2008 (Sabtu).

 

Tentatif  Program

7:00am    -  Berkumpul di MSM
8:00am    -  Bertolak ke Krau
10:00am  -  Dijangka tiba di Krau
12:00pm  -  Melawat ke perkampungan orang asli
5:00pm    -  Aktiviti riadah bersama orang asli
6:00pm    -  Bertolak ke Kuala Lumpur.

 

Objektif utama lawatan ini adalah untuk memberi peluang kepada ahli persatuan MSM untuk melihat sendiri keadaan sebenar hidup masyarakat Orang Asli yang agak terpinggir daripada arus pembangunan Negara. Disamping itu, lawatan kebajikan ini bertujuan untuk menghulurkan sumbangan  kepada golongan tersebut.

 

Program  ini juga diadakan bagi memberi peluang kepada ahli persatuan untuk menjalankan kerja-kerja amal yang bersesuaian dengan visi dan misi kerajaan di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah - (JHEOA) untuk membantu masyarakat orang asli khususnya dalam meningkatkan keupayaan, keyakinan diri, ketabahan, ketrampilan dan imej, disiplin, daya tahan dan daya saing masyarakat Orang Asli serta menghapuskan segala bentuk pandangan dan tanggapan negatif serta penyisihan oleh masyarakat umum ke atas masyarakat Orang Asli melalui program-program yang telah disusun dalam tempoh lawatan tersebut.

 

Lawatan ini juga diadakan demi menunjukkan bahawa masyarakat Sabah yang berada di Semenanjung tidak pernah lupa kepada masyarakat orang asli disini. Pelbagai aktivti menarik telah disusun khas buat anda semua.

 

Oleh itu, Persatuan Momogun Malaysia mengalu-alukan anda untuk menyertai Lawatan ke Rumah Orang Asli ini sesungguhnya penglibatan anda amatlah bermakna.

 

Nota: Kepada sesiapa yang mahu memberikan sumbangan kepada masyarakat orang asli di kawasan Mantakap, Pahang ini, Persatuan Momogun Malaysia mengalu-alukan sumbangan anda samada dalam bentuk barangan ataupun kewangan. Bagi mereka yang berminat untuk menyertai lawatan ini, sila hubungi Pejabat MSM (03 5630 1945) untuk keterangan lanjut.

Kemaskini terakhir ( Jumaat, 18 Julai 2008 )
 
< Sebelumnya   Seterusnya >

Undian

Sebab anda datang ke Semenanjung Malaysia